Dulu ada yang berkata,
cinta itu perit baginya,
atas cerita-cerita lama,
Sakit-sakit yang dulunya.
Setibanya diriku,
tak berganjak persepsinya,
hiba hadir menyambut aku,
menunggu-nunggu kehadirannya.
Sepiku tiada berteman,
Teruskan berlari walaupun hujan,
menaruh butir-butir harapan,
Tiada yang bisa menghentikan.
Siapa yang berdaya kini,
Diriku masih tercari-cari,
aku tetap berlari tak henti,
Tiada teman tiada haluan.
Aku tersentak seketika, tiba-tiba,
mengapa mahu aku berhenti,
sedang ada yang mahu berlari,
menemani, bersama, sentiasa..
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 kritikan:
Post a Comment