Bukakan mataku

Jangan mudah melafaz apa,
adakah tempatmu akan ke sana,
renungkan perbuatan apa adanya,
sudahkah pasti akan cukupnya?

Takut kiranya jatuh ternoda,
terbayang aku untuk memiliknya,
Layakkah aku menatang bahtera,
langsung tak mahu menjeling bawahnya.

Aku sering lupa dan leka,
kala bermain bergurau senda,
Jalan ini tak pernah akan sepi,
hanya kita yang memberi erti.

Banyak persimpangan ramai terhenti,
meluru ke arah apa yang pasti,
namun siapa tercapai destinasi,
banyak sudah tersadai ke tepi.

Ya tuhan ku, tenangkanlah aku,
berikan petunjuk bukakan mataku,
agar tak sering aku terpedaya,
tawaran nikmat apa atau siapa.

Cuba-cuba

Memang sukar untuk dipercaya,
Tiba tepuk ku bebunyi jua,
Ada intinya tika bersama,
Siap ramuannya secukup rasa.

Di sana ada bintang beribu,
sesekali berbisik-bisik padaku,
jangan biarkan ia berlalu,
kerjarkan ia kembali kepangkuanmu.

Cuba-cuba bukalah mata,
dongak ke atas melihat cahaya,
Benarkah apa ada kepalsuannya,
Adakah ia sudah beralih dari tempatnya.

Kini milik ku tiada lagi,
biarkan saja semua pergi,
nada ku lantang memecah besi,
Walau ku tahu tiada berisi.

Cuba-cuba bukalah mata,
tunduk ke bawah fikirlah seketika,
tetapkan pendirian jangankan leka,
Tinggikan ego tebalkan muka.