Pusing

Aku bukan insan itu,
tak mampu memberi,
tak sampai mengerti.

Bagaimana harusnya,
melahirkan benak ku,
terpapang khilaf didada.

Putih tak bernaung,
merah di salah erti,
hitamku, bukan mahu mu.

Senak dada ini,
pusing kepala ini,
long lai rasa hati.

Sayang, jangan dibuang,
mati, kira ditelan,
serba tak betul,
Aku pusing..

0 kritikan:

Post a Comment