Perit

cinta amat menyukarkan bagiku,
cinta amat memeritkan bagiku,
aku tak sanggup mengatakan perkara ini,
aku sudi melupakan percintaan sebegini.

kelak aku tak akan,
rasa perit demi cinta lagi,
Sungguhpun aku melepaskan mu,
Hidupku tetap berterusan jua.

jangan percayai sesiapa,
kerana manusia mudah berubah,
perlulah sentiasa berwaspada,
mudah jua sesiapa terpedaya.

kalau tak pernah sebut tentangnya,
aku tak pernah pelajarinya,
Apa patut aku lakukan,
Semua sudah jadi kenangan.

Sering engkau menghantuiku,
aku tak karuan, terlalu,
betapa peritnya hatiku,
kerana tak dapat bertemu lagi denganmu.

[Lirik ini aku gubahkan dan aku berikan sedikit nilai tambah
daripada salah satu lagu tema drama Korea OST My Girl]

0 kritikan:

Post a Comment