Bukakan mataku

Jangan mudah melafaz apa,
adakah tempatmu akan ke sana,
renungkan perbuatan apa adanya,
sudahkah pasti akan cukupnya?

Takut kiranya jatuh ternoda,
terbayang aku untuk memiliknya,
Layakkah aku menatang bahtera,
langsung tak mahu menjeling bawahnya.

Aku sering lupa dan leka,
kala bermain bergurau senda,
Jalan ini tak pernah akan sepi,
hanya kita yang memberi erti.

Banyak persimpangan ramai terhenti,
meluru ke arah apa yang pasti,
namun siapa tercapai destinasi,
banyak sudah tersadai ke tepi.

Ya tuhan ku, tenangkanlah aku,
berikan petunjuk bukakan mataku,
agar tak sering aku terpedaya,
tawaran nikmat apa atau siapa.

Cuba-cuba

Memang sukar untuk dipercaya,
Tiba tepuk ku bebunyi jua,
Ada intinya tika bersama,
Siap ramuannya secukup rasa.

Di sana ada bintang beribu,
sesekali berbisik-bisik padaku,
jangan biarkan ia berlalu,
kerjarkan ia kembali kepangkuanmu.

Cuba-cuba bukalah mata,
dongak ke atas melihat cahaya,
Benarkah apa ada kepalsuannya,
Adakah ia sudah beralih dari tempatnya.

Kini milik ku tiada lagi,
biarkan saja semua pergi,
nada ku lantang memecah besi,
Walau ku tahu tiada berisi.

Cuba-cuba bukalah mata,
tunduk ke bawah fikirlah seketika,
tetapkan pendirian jangankan leka,
Tinggikan ego tebalkan muka.

Apa Aku Bisa

Bebas engkau bermain,
Menghadiri kesunyianku,
Meranjau onak beningku.

Namun tidak kelihatan,
hadirnya diri ku,
dalam hati suci mu.

Apa aku bisa,
membaca sudut hatimu,
Benarkah kau menyintaiku?

Apa aku bisa,
Menenang hatiku tiap kali,
Berdepan denganmu.

Keresahan bermain denganku,
Di kala tidak bertemu,
Apakah aku slalu dihatimu?

Tak pantaskah aku,
menghantuimu, hanya aku,
akan selalu begitu,
sampai kapanpun.

Apa aku bisa,
tanpa ada tempat berpaut,
menunggu akan masa untuk,
aku tak terdaya lagi.

Uniknya Dirimu

Uniknya dirimu
Menarik takdir membayu
Umpama nyanyian yang syahdu

Membangkitkan sukmaku
Untuk terus memburu
Melariskan kisah hidupmu
Di dalam dadaku…

Betapa aku..
Terpegun pada mu
Tuk terus berdrama bersama ku
Selagi ada angin dan bayu..

Uniknya dirimu
Menarik takdir membayu
Umpama nyanyian yang syahdu

Puas aku menunggu
Apa yang ku tunggu
Akhirnya muncul di depan ku

Menyapa sukma ku
Melahirkan rasa uniknya
Warna warni kehidupan ini..

Uniknya dirimu..

Berselindung sebalik senyuman

Kira perhubungan itu mematikanmu
Tak akan ku sentuh akan cahayamu
Kiranya ia terpenting bagimu
Tak akan ku goyang akan keteguhan itu

Berselindung di sebalik senyuman
Sampai bila aku bisa menahan
Telah terlanjur aku mencintaimu
Tanpa ku sedar ia berlaku

Adakah mampu bagiku melepaskanmu
Setelah seluruh hatiku engkau miliki
Perginya dirimu tak mampu ku bayangkan
Kedudukanku bergelora tanpa henti

Untuk menutup apa ada kesulitan
Aku berselindung di setiap senyuman
Bersembunyi di setiap rintihan
Akan ku menahan sakitnya percintaan

Kesedarannya

Manusia tidak menyedarinya,
pemberian yang dikurnia,
melihat di satu sudutnya,
melayan nafsu semata.

Pernahkah terasa,
apa yang kau lakukan,
bisa mengubah pendirian,
akan tercabarnya pegangan.

Kata dilemparkan,
memberi satu tamparan,
mematahkan tonggak kekuatan,
Begitu berbisa patah perkataan.

Apa mereka tahu,
semua lalai dan leka,
membutakan setiap mata,
memulakan perbicaraan kata.

Jagalah dirimu,
jangan mudah terpedaya,
lakukan apa yang bermakna,
engkau lebih mengenalinya.

Termenung

Jauh termenung,
malar ku bertanya,
kosong pandangan mu didepan ku,
jauh akal mu tembusi ku.

Yang menganggumu,
mainan akal mu,
Spekulasi, penasaran,
Bisa memukaumu.

Membawa diri,
mengalir bersama arus,
teralih pandangan,
terjaga dari lamunan.

Cuba cerita,
apa yang menganggu,
jauh termenung,
aku turut penasaran.

Sepiku Tiada Berteman

Dulu ada yang berkata,
cinta itu perit baginya,
atas cerita-cerita lama,
Sakit-sakit yang dulunya.

Setibanya diriku,
tak berganjak persepsinya,
hiba hadir menyambut aku,
menunggu-nunggu kehadirannya.

Sepiku tiada berteman,
Teruskan berlari walaupun hujan,
menaruh butir-butir harapan,
Tiada yang bisa menghentikan.

Siapa yang berdaya kini,
Diriku masih tercari-cari,
aku tetap berlari tak henti,
Tiada teman tiada haluan.

Aku tersentak seketika, tiba-tiba,
mengapa mahu aku berhenti,
sedang ada yang mahu berlari,
menemani, bersama, sentiasa..

Perit

cinta amat menyukarkan bagiku,
cinta amat memeritkan bagiku,
aku tak sanggup mengatakan perkara ini,
aku sudi melupakan percintaan sebegini.

kelak aku tak akan,
rasa perit demi cinta lagi,
Sungguhpun aku melepaskan mu,
Hidupku tetap berterusan jua.

jangan percayai sesiapa,
kerana manusia mudah berubah,
perlulah sentiasa berwaspada,
mudah jua sesiapa terpedaya.

kalau tak pernah sebut tentangnya,
aku tak pernah pelajarinya,
Apa patut aku lakukan,
Semua sudah jadi kenangan.

Sering engkau menghantuiku,
aku tak karuan, terlalu,
betapa peritnya hatiku,
kerana tak dapat bertemu lagi denganmu.

[Lirik ini aku gubahkan dan aku berikan sedikit nilai tambah
daripada salah satu lagu tema drama Korea OST My Girl]

Tewas

Hentikan ia
aku mencuba
terngiang lagi
bisik lah ia

Panggilan aku
sering datang
lari lari

Sering tewas
patah cuba
tetap cuba
aduhai tewas lagi

Inspirasi ku
pupuk aku
cabut ia
lari lah ia

Junjung tiada
datang lagi
lerai sambung kembali
aku tertewas lagi

Persefahaman Itu

Telah ku leraikan pautan,
berikan izin dakaplah ia,
jangan pernah lepaskan ia,
kerna jua itu mahuku.

Fahamilah,
kerna akan lebih jauh,
kan ku gegas sekali,
mencari-cari ia jua.

Tiada pernah tandus,
wujudnya satu ikatan,
moga semai tumbuh,
ingin mu dan ingin ku.

Persefahaman itu,
ertikanlah ia,
lebih kan dalam makna,
jauh rasa tak sepersis rupa,
Aku kau selamanya.

Kunci Cinta

Berlegar-legar aku mencari,
Siapa diriku yang sebenarnya,
Adakah mampu ku berdiri,
Apakah ada kebenarannya..

Usah kau berahsia lagi,
kerna dirimu akan ku mengerti,
Jua apa yang engkau hadapi,
aku setia akan meniti.

Mendaplah segala tomahan,
berikan saja sinis senyuman,
kerna itu pautan teman,
agar berdiri terpacaknya badan.

Ku beri kunci persada cinta,
walau ia tercicir ke mana-mana,
akan hanya kamu tahu membukanya,
malar kamu tiada siapa.

Pusing

Aku bukan insan itu,
tak mampu memberi,
tak sampai mengerti.

Bagaimana harusnya,
melahirkan benak ku,
terpapang khilaf didada.

Putih tak bernaung,
merah di salah erti,
hitamku, bukan mahu mu.

Senak dada ini,
pusing kepala ini,
long lai rasa hati.

Sayang, jangan dibuang,
mati, kira ditelan,
serba tak betul,
Aku pusing..

Wajarkah Ia Terjadi?

Kejahilan kelihatan di situ
Atas wang ringgit tergadai
Masa pantas pergi berlalu
Lantas semua turut terabai

Anjung mata itu dikelipkan
gugurnya kaca-kaca bertaburan
apa ertinya dimaksudkan
kesal sudah semua dilupakan

Wajarkah ia terjadi?

Ada apa keuntungan
tertutup berkelip mata
janji sana sini dilemparkan
apa ia menjadi nyata?

Wajarkah ia terjadi?

Renungkan dan fikirkan
apa sebenarnya erti percintaan
kecundang sesudah bertahan
Sudah bila ia berkekalan

Wajarkah ia terjadi?

Carilah ketenangan
Lerai semua kesenangan
tumpu apa itu tujuan
Kembali ke pangkal jalan

Menanti

Pernah aku terfikir,
hidup tanpa buaian cinta,
tak mengundang apa-apa.

Tapi mengapa aku rasa,
pedih dan kosongnya,
tanpa adanya dia bersama.

Betapa aku harapkan,
engkau mengetahuinya,
betapa cintanya.

Aku masih tak mengerti,
apa Kasih ini diterima,
yang ku harapkan,
hanyalah dirimu.

Kasih,
Lamakah lagi waktu,
untuk ku nanti,
kapan detik itu tiba.

Sayang,
apakah cinta berbalas,
aku masih menanti,
dan terus menanti.

Pembuka Kata

Assalamualaikum dan salam sejahtera aku ucapkan.

Blog ini sengaja aku ciptakan bagi menyemadikan khazanah seni hasil ciptaanku berlandaskan penghidupan pahit manis ku serta pengamatanku yang sering sukar untuk dibaca dan diamati oleh teman-teman dan kadang kala, aku sendiri.

Kiranya anda lebih arif berkenaan khazanah seni ini, maka anda semua dialu-alukan untuk memberikan kritikan dan kata-kata pedas kepada setiap rangkap dan perkataan andai ia tidak kelihatan begitu baik mahupun jelek. Segala rasa terima kasihku kepada semua.

Selamat membaca..